PENGHARGAAN DAN PENDAHULUAN TAJUK

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah darinya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin Abu Hassan iaitu pensyarah kami bagi subjek ini diatas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran.Kami ingin merakamkan  ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga khususnya kedua ibu dan bapa kami. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil kajian ini dapat disempurnakan denganjayanya.

         Seterusnya, tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Munsyi, Kolej Universiti Islam Melaka kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu. Begitu juga kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Pengorbanan mereka tidak dapat kami balas melainkan sekadar menghadiahkan kejayaan kami ini.Berkat doa dari mereka juga menjadi bekalan untuk kami terus maju dalam kehidupan.


Akhir kata dari kami, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tugasan ilmiah ini.Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar maklumat yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca khususnya. 



PENDAHULUAN

            Jenayah rasuah bukan lagi merupakan sesuatu yang asing bagi setiap negara di dunia ini. Kesalahan rasuah sudah menular dalam kalangan masyarakat di seluruh pelusuk dunia, cuma yang membezakan diantara negara-negara ialah seteruk manakah gejala jenayah rasuah ini berlaku. Sering kali dipaparkan didada-dada akhbar mahupun dikaca televisyen berkaitan dengan individu-individu yang ditangkap kerana melakukan kesalahan rasuah.

            Bagi negara Malaysia, jenayah rasuah telah dikenalpasti sebagai jenayah yang perlu ditangani dengan segera dan merupakan jenayah yang cukup serius. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan adalah untuk menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam membanteras jenayah rasuah dalam negara ini. Apa yang membimbangkan adalah laporan daripada SPRM mendapati indeks bagi kesalahan jenayah rasuah di negara ini semakin meningkat setiap tahun, hasil daripada kejayaan operasi SPRM sama ada melalui tangkapan dan siasatan.

            Hukuman yang diguna pakai bagi kesalahan jenayah rasuah di Malaysia adalah berdasarkan hukuman sivil yang mana telah diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan dibawah Kanun Keseksaan Akta 574. Selain daripada hukuman berdasarkan sivil, hukum Islam juga ada memperuntukkan hukuman bagi kesalahan rasuah dan kesalahan yang bersangkut paut dengannya iaitu melalui hukuman Ta’zir. Maka dengan itu, kajian yang dilakukan adalah bagi mengenal pasti setiap aspek berkaitan dengan kesalahan rasuah meliputi faktor, kesan, dan yang lebih utama adalah melihat kepada hukuman yang dikenakan dan diperuntukkan bagi kesalahan rasuah menurut perspektif Islam.

Comments

Popular posts from this blog

KESIMPULAN

KEBERKESANAN HUKUMAN TA’ZIR DALAM KONTEKS JENAYAH RASUAH & CADANGAN