APLIKASI HUKUMAN TA’ZIR DALAM KESALAHAN JENAYAH RASUAH DI MALAYSIA


APLIKASI HUKUMAN TA’ZIR DALAM KESALAHAN JENAYAH RASUAH DI MALAYSIA
Berhubung dengan permasalahan jenayah rasuah yang berlaku di Malaysia, jika dilihat kepada perbincangan berhubung dengan kesalahan ta’zir, sememangnya hukuman berdasarkan ta’zir sangat sesuai diaplikasikan untuk menghukum pesalah-pesalah rasuah. Hal ini kerana jika dilhat kepada hukuman hudud dan qisas, sememagnya kesalahan rasuah tidak boleh dihukum berdasarkan dua peruntukan ini. Maka dengan itu, apa yang terkandung dalah hukuman ta’zir memang mencukupi dari segi jenis kesalahan, jenis hukuman, cara sabitan, syarat-syarat sabitan dan cara hukuman itu dilaksanakan. Apa yang menarik disini ialah dalam ta’zir tiada batasan terhadap had umur mahupun agama. Yang mana ta’zir memberikan kebebasan yang luas kepada hakim dan mempunyai skop yang luas sama ada kepada kanak-kanak hingga orang dewasa serta kepada orang Islam mahupun bukan Islam.

            Oleh itu, jika kita lihat kepada keadaan semasa, kesalahan jenayah rasuah di Malaysia merangkumi pelbagai kategori pesalah. Terutamanya apabila melihat kepada aspek agama pesalah, yang mana kebanyakan kes melibatkan campuran orang Islam dan bukan Islam. Maka dengan itu adalah wajar, jika hukuman ta’zir diaplikasikan yang mana ia boleh menyabitkan kedua-dua pihak sama ada islam mahupun bukan Islam.

            [1]Fungsi utama hukuman ta’zir sepertimana yang kita tahu adalah untuk menajaga kemaslahatan masyarakat daripada perkara-perkara yang negatif yang mana melalui kegiatan jenayah rasuah mampu menyumbang kepada kerosakan sosial masyarakat dan membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Maka dengan itu, sebaiknya hukuman ta’zir ini diguna pakai dengan sebaiknya dan semaksima mungkin agar jenayah rasuah yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan sebaiknya.




[1]  Qanun Jenayah Syar’iyyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Qur’an dan Hadith, Haji Sa’id Haji Ibrahim hlm. 161

Comments

Popular posts from this blog

KESIMPULAN

PENGHARGAAN DAN PENDAHULUAN TAJUK

KEBERKESANAN HUKUMAN TA’ZIR DALAM KONTEKS JENAYAH RASUAH & CADANGAN