FAKTOR-FAKTOR KEPADA GEJALA RASUAH & HUKUMAN TA’ZIR DALAM JENAYAH RASUAH
FAKTOR-FAKTOR KEPADA GEJALA RASUAH
Secara ringkasnya gejala rasuah yang berlaku adalah berpunca
daripada beberapa faktor, antaranya ialah:
1. Dorongan hawa nafsu
2. Kejahilan
3. Perasaan tamak
4. Kelemahan pemimpin dan organisasi
5. Ketiadaan undang-undang yang keras dan pemantauan berterusan
6. Amalan suka memberi hadiah
HUKUMAN TA’ZIR DALAM JENAYAH RASUAH
Pengertian Ta’zir pada mempunyai beberapa makna, antaranya ialah
larangan, hukuman, penghinaan, pengagungan, pertolongan dan bantuan. Kata
ta’zir berasal dari kata al-Azru yang beerti larangan. Kata ta’zir diguna
khusus untuk hukuman oleh pemerintah atau wakilnya.
Dalam kanun
jenayah syariah, tazir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan
penderaan, iaitu pesalah-pesalah itu tidak dijatuhkan hukuman hudu dan qisas.[4] Hukuman ta’zir adalah diserahkan kepada kearifan dan budi bicara
hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dijatuhkan dan yang
dikenakan keatas pesalah-pesalah seimbang dengan kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh pesalah tersebut tanpa gangguan dari mana-mana pihak.
Sedangkan dalam istilah syari’e, al-ta’zir
ialah hukuman asas suatu dosa yang menurut biasanya tidak ada had atau
kaffarahnya. Apabila seseorang melakukan sesuatu dosa atau jatuh dalam
kemaksiatan yang tidak ada hukuman tertentu baik dalam bentuk had atau qisas
maka ia dikenakan suatu hukuman atau sesuatu yang bersifat mendidik, sama ada
maksiat itu berhubung dengan hak Allah atau hak manusia yang merupakan
pengantar dari perbuatan yang ada hadnya seperti mencium dan mengauli wanita
asing bukan pada kemaluan, pencurian yang tidak sampai hukuman had, mencela,
menyakiti orang lain dengan lisan tanpa ada tuduhan seperti pemalsuan,
kesaksian palsu, memukul tanpa hak, melakukan rasuah dan semua kemaksiatan
lainnya. (al-Sharbini 1958: 193).[5]
Dalam memilih
hukuman yang patut dan sesuai serta munasabah bagi hukuman ta’zir, hakim
hendaklah mengambil kira mengenai keadaan hidup serta latar belakang orang yang
bersalah itu dan jenis-jenis kesalahan yang mereka lakukan serta kesannya
kepada masyarakat.[6]
[4]
Said
Ibrahim. 1996. Kanun Jenayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan
Islam Berasaskan alQuran dan Hadith. Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur, hlm.233
[5]
Al
Syarbini. 1958. Mughni Muhtaj. Darul Ma’rifah, hlm.193
[6]
Said
Ibrahim. 1996. Kanun Jenayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan
Islam Berasaskan alQuran dan Hadith. Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur, hlm.235
Comments
Post a Comment