ISU BERKAIT DENGAN JENAYAH RASUAH & KONSEP RASUAH MENURUT ISLAM
ISU BERKAIT DENGAN JENAYAH RASUAH
Sebagaimana yang umum ketahui, permasalahan berkait dengan jenayah
rasuah adalah suatu yang membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius.
Setiap tahun dilaporkan pelbagai kes berkait dengan rasuah boleh dilihat
melalui media elektronik atau media massa. Perkara seperti ini tidak boleh
dibiarkan begitu sahaja dan ianya perlu ditangani dengan segera kerana
melibatkan masa depan negara. Maka dengan itu saya melihat dan merasakan suatu
kajian perlu dilakukan terhadap keberkesanan hukuman yang diperuntukkan
terhadap pesalah jenayah rasuah. Hal ini kerana mengikut statistik yang
dikeluarkan oleh SPRM, terdapat peningkatan berhubung jenayah rasuah.
Walaupun telah terdapat peruntukkan didalam
Kanun Keseksaaan dan juga dibawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung
dengan hukuman bagi kesalahan jenayah rasuah, namun masih lagi berlaku
peningkatan terhadap kesalahan melibatkan jenayah rasuah. Hal ini
memperlihatkan bahawa hukuman yang telah diperuntukkan seolah-olah terlalu
ringan dan langsung tidak mendatangkan ketakutan dan kegerunan kepada
masyarakat serta membuatkan mereka tidak gentar untuk melakukan dan melibatkan
diri dalam jenayah rasuah.
Tambahan pula,
dilaporkan terlalu banyak kes-kes yang berkait dengan kesalahan rasuah yang
tertangguh di mahkamah sivil disebabkan oleh pelbagai masalah hingga membuatkan
banyak kes yang digugurkan. Jumlah kes yang tinggi ini menjadikan mahkamah
sivil menjadi runcing dan akhirnya kes terpaksa digugurkan dan pesalah terlepas
dari hukuman.
KONSEP RASUAH MENURUT ISLAM
Perkataan rasuah adalah perkataan yang berasal daripada bahasa arab
iaitu al-rashwah atau al rishwah atau al rushwah yang bermaksud sesuatu yang
diberikan untuk membatilkan kebenaran atau membenarkan kebatilan.[1] Ia juga bermakna sesuatu yang dicapaikan dengannya kepada sesuatu
tujuan dengan sogokan. Oleh itu, pengertian rasuah boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori dan perkara seperti berikut :
1. Al-rashi : pemberi
rasuah.
2. Al-Murtashi :
penerima rasuah.
3. Al-Raysh : sesuatu
yang dijadikan oleh pemberi dan penerima rasuah sebagai penghubung untuk mencapai sesautu tujuan.
4. Al-Istirsyak :
meminta rasuah.
Menurut Mu’jam
al-Asasi, rasuah adalah satu bentuk pemberian tanpa hak untuk menunaikan
keperluan yang salah atau menyalahi hak. Fatimah Mahbub dalam al-Mawsuah al–
Dhahabiyah pada mendefinisikan rasuah sebagai pemberian untuk memenuhi
kepentingan sebagai contohnya seseorang memberi rasuah kepada hakim atau
selainnya untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kepentingannya.
[1]
Al
Syarbashi. 1980. Mu’jam al-Iqhtishadi Al-Islami. Dar al Kitab al-Islami.
Beirut, hlm.193
[2]
Jamal
Al- Din Muhammad Bin Mukrim Bin Manzur. 1976. Lisan Al- Arab. Kaherah. Mesir
Menurut Ibn Taimiyyah apabila seseorang pemimpin mengalihkan
tauliahnya dalam sesuatu perkara daripada orang yang berhak dan lebih baik
kepada orang lain yang berhak dengan alasan hubungan kekeluargaan, pembebasan,
persahabatan atau kerana rasuah yang diterima sama ada berupa jasa ataupun harta,
perbuatan tersebut adalah suatu pengkhianatan kepada Allah s.w t.[3]
Maka dengan itu
adalah dapat disimpulkan bahawa rasuah mempunyai skop pengertian yang sangat
luas. Namun apa yang boleh dimaksudkan dengan rasuah ialah segala perbuatan
mengambil atau memperolehi sesuatu harta atau kuasa mahupun pengaruh dengan
cara yang batil, demi kepentingan individu atau sesautu pihak yang mana hak
sebenar perkara atau harta tersebut merupakan milik orang lain atau boleh
menjadi milik orang lain serta segala perbuatan yang membawa kepada penguasaan
kepada sesuatu perkara atau menjadikan sesuatu yang hak kepada batil sama ada
melalui pemberian hadiah, pembayaran wang atau harta, saguhati, ataupun apa apa
pemberian perkhidmatan dengan cara yang telah ditetapkan dengan tujuan mendapat
faedah atau balasan disebalik pemberian tersebut.
Comments
Post a Comment