PENGENALAN

PENGENALAN

Jenayah rasuah pada masa kini dilihat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.Terdapat pelbagai kes dilaporkan berlaku berkait dengan gejala rasuah. Rasuah adalah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya. Sebagaimana gejala pelacuran dan perjudian yang disifatkan sebagai antara gejala sosial negatif yang tertua sejak wujudnya peradaban manusia, perbuatan memberi dan menerima rasuah juga telah wujud sekian lama, malah ada yang beranggapan ianya merupakan amalan biasa. Walau bagaimanapun, amalan yang dianggap biasa terutamanya yang besifat buruk seharusnya tidak menjadi amalan berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Seandainya gejala rasuah ini diterima oleh masyarakat sebagai amalan biasa, dibimbangi akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti mana yang berlaku kepada sejarah tamadun besar dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai entiti masyarakat memang diakui negara Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ini.

            Walaupun telah diwujudkan suatu hukuman kepada mereka yang didapati mengamalkan gejala rasuah ini, namun daripada apa yang dapat dilihat, hukuman itu seakanakan tidak mendatangkan sebarang perubahan kepada masyarakat dan orang ramai terhadap pemikiran mereka mengenai kesalahan jenayah rasuah. Malahan gejala rasuah ini dilihat semakin lama semakin menjadi-jadi dan seakan-akan tidak dibendung lagi. Adakah hukuman yang dikenakan terhadap pesalah rasuah tidak begitu relevan atau mendatang ketakutan kepada pihak-pihak yan terlibat. Perlukah diwujudkan suatu hukuman baru bagi kesalahan jenayah rasuah yang mana lebih mendatangkan ketakutan kepada masyarakat dan membawa kepada penyelesaian kepada gejala ini.

            Dalam konteks agama Islam, amalan rasuah adalah suatu amalan yang sangat dilarang dan diharamkan. Perbuatan menerima dan memberi rasuah ini dikutuk dengan kerasnya oleh Allah s.w.t sebagaimana dinyatakan dalam hadis nabi. Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata, maksudnya: Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah (riwayat Imam al-Tirmiziyy). Pemberi dan penerima rasuah berhak mendapat kemurkaan

Allah dan dijauhkan daripada mendapat rahmat Allah kerana telah melakukan perbuatan yang batil dan mengambil sesuatu yang bukan hak mereka. Terdapat banyak lagi hadis-hadis nabi yang sangat melarang dan mengutuk perbuatan rasuah. Di dalam Al-Quran Allah telah melarang perbuatan mengambil harta secara batil, sebagaimana firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia Dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.

            Namun begitu, masih ramai dikalangan masyarakat yang terlibat dengan rasuah yang kadangkala tanpa mereka sedari, yang mana istilahnya diubah kepada hadiah dan sebagainya. Hal ini terjadi baik untuk mendapatkan jawatan atau pekerjaan, tender, untuk masukkan anak ke sekolah atau universiti, atau untuk mencapai tujuan dunia yang lain. Ini adalah suatu kezaliman yang jelas kerana mengambil sesuatu yang mungkin sepatutnya hak orang lain. Apa pun istilah yang diguna pakai oleh masyarakat, perbuatan seperti ini tetap menjadi suatu perbuatan yang sama sekali dilarang oleh agama islam.
  

Comments

Popular posts from this blog

KESIMPULAN

PENGHARGAAN DAN PENDAHULUAN TAJUK

KEBERKESANAN HUKUMAN TA’ZIR DALAM KONTEKS JENAYAH RASUAH & CADANGAN