KESIMPULAN

KESIMPULAN
Perbuatan rasuah adalah suatu perbuatan yang ternyata salah dan batil. Jika dilihat dari sudut maknanya sendiri sudah cukup untuk mengambarkan ia merupakan suatu perbuatan yang salah. Pelbagai pendapat dapat dilihat dalam memahami apa yang dimaksudkan dengan rasuah. Tidak cukup dengan itu, ciri-ciri rasuah juga diperbahaskan oleh ramai cendiakiawan secara panjang lebar dan terang. Hal ini bagi memberikan penjelasan yang benar-benar difahami oleh masyarakat agar masyarakat tidak keliru dengan setiap perbuatan yang dilakukan dalam urusan seharian mereka. Rasuah tidak hanya merangkumi satu perkara, malahan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis rasuah. Perkara ini berlaku bagi membezakan sesautu perbuatan yang dikatakan rasuah dengan perbuatan lain yang pada dasarnya tidak dikatakan rasuah, tetapi pada hakikatnya merupakan suatu perbuatan rasuah juga.

            Disebabkan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini, amalan memberi hadiah merupakan suatu amalan yang menjadi kebiasaan maka perkara tersebut telah diperhalusi dan diberikan suatu tatacara atau pekeliling yang perlu diikuti oleh mana-mana pihak yang perlu bagi memastikan apa yang diterima oleh mereka sebagai hadiah itu tidak termasuk dalam kategori rasuah. Allah s.w.t telah menerangkan didalam al-Quran berkenaan dengan mengambil sesuatu harta secara batil sama ada melalui perbuatan yang secara zahirnya salah mahupun perbuatan yang apabila diteliti merupakan ia merupakan suatu kesalahan dan dilarang. Pengharaman perbuatan rasuah telah dizahirkan melalui hadith nabi yang mana menunjukkan bahawa Rasulullah melarang perbuatan rasuah. Malah para Ulama’ juga telah membicarakan berkenaan dengan haramnya rasuah melalui sirah para khulafa’ dan para sahabat nabi. Oleh itu, adalah jelas bahawa perbuatan rasuah adalah haram dan sangat dilarang oleh syara’, maka ia perlu dijauhi dan dibanteras dengan secukupnya agar ia tidak menular dalam kalangan masyarakat.

            Melalui perbincangan yang telah dilakukan adalah diketahui bahawa berlakunya rasuah adalah berpunca daripada pelbagai faktor yang meliputi aspek individu dan keluarga, peranan yang dimainkan oleh masyarakat, kelemahan para pemimpian dan ketidak keberkesanan undang-undang yang diguna pakai. Faktor-faktor ini telah dikenal pasti berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh beberapa pengakaji sebelum ini serta diambil daripada pandangan beberapa pihak yang melakukan tinjauan terhadap permasalahan berkenaan dengan jenayah rasuah.

             Dalam menangani masalah jenayah rasuah di Malaysia, pelbagai aspek perlu diambil perhatian. Aspek hukuman yang merupakan tunjang kepada penyelesaian kepada permasalahan ini perlu sentiasa dikaji dan ditambah baik agar ianya selari dengan peredaran masa dan persekitaran masyarakat. Di zaman serba moden ini, perkembangan teknologi yang sangat pesan memungkin kegiatan rasuah semakin sukar untuk dihidu oleh penguatkuasa.

            Maka dengan itu, pihak yang bertanggungjawab dan diberi kuasa untuk menangani masalah ini terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mengambil berat dan sentiasa memikirkan inisiatif baru bagi membolehkan mereka sentiasa kehadapan dalam memastikan jenayah rasuah ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin. Maka dengan itu, hukuman ta’zir merupakan antara inisiatif yang bo;leh digunapakai. Walaupun hukuman ta’zir memberikan lebih banyak pilihan kepada para hakim dan pemerintah, namun ianya perlu dilaksanakan dengan telus dan amanah agar ianya tidak mendatangkan mudharat kepada masyarakat.


            Selain daripada itu, aspek pendidikan dan kesedaran berhubungan dengan gejala rasuah perlu sentiasa didedahkan kepada masyarakat umum tanpa mengira batas umur, kedudukan mahupun persekitaran. Hal ini kerana gejala rasuah ini boleh menular dalam setiap lapisan masyarakat. Tidak kira siapa dan dimana jua seseorang itu berada mereka perlu sentiasa diperingatkan berkenaan dengan bahaya rasuah dan akibat yang menimpa mereka seandainya mereka melibatkan diri dengan jenayah rasuah. Permualaan kepada pencegahan ini perlu disemai dari peringkat akar umbi seperti kanak-kanak hingga lah kepada peringkat pucuk seperti para pemimpin. Maka dengan itu, sekiranya setiap lapisan masyarakat sentiasa diberi peringatan berkenaan dengan bahaya jenayah rasuah, maka keadaan ini akan membawa kepada lahirnya masyarakat yang prihatin dan sentiasa peka serta saling ingat mengingati antara satu sama lain, yang mana akhirnya jenayah rasuah tidak mampu untuk terus menular dalam kalangan rakyat dinegara ini.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGHARGAAN DAN PENDAHULUAN TAJUK

KEBERKESANAN HUKUMAN TA’ZIR DALAM KONTEKS JENAYAH RASUAH & CADANGAN