Posts

Showing posts from April, 2017

RUJUKAN

RUJUKAN 1.   Mughni Muhtaj. Darul Ma’rifah - Al Syarbini. 2.   Majmu’ Fatawa. Dar al-Fikr -   Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah 3. Kanun Jenayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berasaskan    alQuran dan Hadith - Said Ibrahim 4. Fiqh al-Islami Wa Adillatuh - Wahbah Zuhayli. 5. Fiqh Jenayah Islam (Al-Hidayah Publishers) - Abu Mazaya al-Hafiz & Abu Izzat al-Sahafi

KESIMPULAN

KESIMPULAN Perbuatan rasuah adalah suatu perbuatan yang ternyata salah dan batil. Jika dilihat dari sudut maknanya sendiri sudah cukup untuk mengambarkan ia merupakan suatu perbuatan yang salah. Pelbagai pendapat dapat dilihat dalam memahami apa yang dimaksudkan dengan rasuah. Tidak cukup dengan itu, ciri-ciri rasuah juga diperbahaskan oleh ramai cendiakiawan secara panjang lebar dan terang. Hal ini bagi memberikan penjelasan yang benar-benar difahami oleh masyarakat agar masyarakat tidak keliru dengan setiap perbuatan yang dilakukan dalam urusan seharian mereka. Rasuah tidak hanya merangkumi satu perkara, malahan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis rasuah. Perkara ini berlaku bagi membezakan sesautu perbuatan yang dikatakan rasuah dengan perbuatan lain yang pada dasarnya tidak dikatakan rasuah, tetapi pada hakikatnya merupakan suatu perbuatan rasuah juga.             Disebabkan dalam kehidupan masyarakat pada hari i...

KEBERKESANAN HUKUMAN TA’ZIR DALAM KONTEKS JENAYAH RASUAH & CADANGAN

KEBERKESANAN HUKUMAN TA’ZIR DALAM KONTEKS JENAYAH RASUAH Seandainya hukuman jenayah rasuah ini, dipraktikkan berdasarkan hukuman ta’zir seperti mana yang digariskan oleh hukum syara’ maka berkemungkinan ianya akan lebih berkesan kerana hukuman ta’zir memberikan ruang dan kuasa yang lebih luas kepada para hakim melalui mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman yang lebih setimpal dan lebih berat.             Hal ini kerana hukuman ta’zir lebih bersifat mendidik pesalah dan juga masyarakat serta memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sesekali melakukan jenayah rasuah. Dalam memastikan perkara ini dapat dilaksanakan, pelbagai pembaharuan dan penambah baikan perlu dilakukan yang mana membolehkan para hakim syari’e di mahkamah syari’e mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan undang-undang berdasarkan hukuman ta’zir.             Mahkamah syariah perlu diberikan b...

APLIKASI HUKUMAN TA’ZIR DALAM KESALAHAN JENAYAH RASUAH DI MALAYSIA

APLIKASI HUKUMAN TA’ZIR DALAM KESALAHAN JENAYAH RASUAH DI MALAYSIA Berhubung dengan permasalahan jenayah rasuah yang berlaku di Malaysia, jika dilihat kepada perbincangan berhubung dengan kesalahan ta’zir, sememangnya hukuman berdasarkan ta’zir sangat sesuai diaplikasikan untuk menghukum pesalah-pesalah rasuah. Hal ini kerana jika dilhat kepada hukuman hudud dan qisas, sememagnya kesalahan rasuah tidak boleh dihukum berdasarkan dua peruntukan ini. Maka dengan itu, apa yang terkandung dalah hukuman ta’zir memang mencukupi dari segi jenis kesalahan, jenis hukuman, cara sabitan, syarat-syarat sabitan dan cara hukuman itu dilaksanakan. Apa yang menarik disini ialah dalam ta’zir tiada batasan terhadap had umur mahupun agama. Yang mana ta’zir memberikan kebebasan yang luas kepada hakim dan mempunyai skop yang luas sama ada kepada kanak-kanak hingga orang dewasa serta kepada orang Islam mahupun bukan Islam.             Oleh itu,...

FAKTOR-FAKTOR KEPADA GEJALA RASUAH & HUKUMAN TA’ZIR DALAM JENAYAH RASUAH

FAKTOR-FAKTOR KEPADA GEJALA RASUAH Secara ringkasnya gejala rasuah yang berlaku adalah berpunca daripada beberapa faktor, antaranya ialah: 1. Dorongan hawa nafsu 2. Kejahilan 3. Perasaan tamak 4. Kelemahan pemimpin dan organisasi 5. Ketiadaan undang-undang yang keras dan pemantauan berterusan 6. Amalan suka memberi hadiah HUKUMAN TA’ZIR DALAM JENAYAH RASUAH Pengertian Ta’zir pada mempunyai beberapa makna, antaranya ialah larangan, hukuman, penghinaan, pengagungan, pertolongan dan bantuan. Kata ta’zir berasal dari kata al-Azru yang beerti larangan. Kata ta’zir diguna khusus untuk hukuman oleh pemerintah atau wakilnya.             Dalam kanun jenayah syariah, tazir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan penderaan, iaitu pesalah-pesalah itu tidak dijatuhkan hukuman hudu dan qisas. [4] Hukuman ta’zir adalah diserahkan kepada kearifan dan budi bicara hakim untuk menentukan dan memilih hukuman...

ISU BERKAIT DENGAN JENAYAH RASUAH & KONSEP RASUAH MENURUT ISLAM

ISU BERKAIT DENGAN JENAYAH RASUAH Sebagaimana yang umum ketahui, permasalahan berkait dengan jenayah rasuah adalah suatu yang membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius. Setiap tahun dilaporkan pelbagai kes berkait dengan rasuah boleh dilihat melalui media elektronik atau media massa. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan ianya perlu ditangani dengan segera kerana melibatkan masa depan negara. Maka dengan itu saya melihat dan merasakan suatu kajian perlu dilakukan terhadap keberkesanan hukuman yang diperuntukkan terhadap pesalah jenayah rasuah. Hal ini kerana mengikut statistik yang dikeluarkan oleh SPRM, terdapat peningkatan berhubung jenayah rasuah.              Walaupun telah terdapat peruntukkan didalam Kanun Keseksaaan dan juga dibawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dengan hukuman bagi kesalahan jenayah rasuah, namun masih lagi berlaku peningkatan terhadap kesalahan melib...

PENGENALAN

PENGENALAN Jenayah rasuah pada masa kini dilihat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.Terdapat pelbagai kes dilaporkan berlaku berkait dengan gejala rasuah. Rasuah adalah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya. Sebagaimana gejala pelacuran dan perjudian yang disifatkan sebagai antara gejala sosial negatif yang tertua sejak wujudnya peradaban manusia, perbuatan memberi dan menerima rasuah juga telah wujud sekian lama, malah ada yang beranggapan ianya merupakan amalan biasa. Walau bagaimanapun, amalan yang dianggap biasa terutamanya yang besifat buruk seharusnya tidak menjadi amalan berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Seandainya gejala rasuah ini diterima oleh masyarakat sebagai amalan biasa, dibimbangi akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti mana yang berlaku kepada sejarah tamadun besar dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai entiti masyarakat memang diakui negara Malaysia juga tida...

PENGHARGAAN DAN PENDAHULUAN TAJUK

PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah darinya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin Abu Hassan iaitu pensyarah kami bagi subjek ini diatas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran.Kami ingin merakamkan   ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga khususnya kedua ibu dan bapa kami. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil kajian ini dapat disempurnakan denganjayanya.          Seterusnya, tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Munsyi, Kolej Universiti Islam Melaka kerana telah memberika...

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN                1 PENDAHULUAN                2 PENGENALAN                3 ISU BERKAIT DENGAN JENAYAH RASUAH                5 KONSEP RASUAH MENURUT ISLAM                6 FAKTOR-FAKTOR KEPADA GEJALA RASUAH                7 HUKUMAN TA’ZIR DALAM JENAYAH RASUAH                8 BENTUK HUKUMAN TA’ZIR    ...

KUIM - ASSIGMENT IN SYARIAH ISLAM MALAYSIA

Image
DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYAH ( 6A ) FIQH JINAYAT ( SYR 3113 ) TAJUK : PELAKSANAAN HUKUMAN TA’ZIR BAGI JENAYAH RASUAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASSAN DISEDIAKAN OLEH : AMAR FAIZ BIN MOHAMED \

PEMBUKA KATA AND ASSALAMMUALAIKUM GUYS!

Image
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM AND ASSALAMMUALAIKUM Blog ini bertujuan untuk perkongsian ilmu tentang   TAJUK : PELAKSANAAN HUKUMAN TA’ZIR BAGI JENAYAH RASUAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA  .